BEHRANG, 2 April 2024 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui FIRA Malaysia Chapter akan menganjurkan Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 – 26 April 2024. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah terpilih menjadi tuan rumah kejohanan bagi tahun ini. Mesyuarat telah membincangkan gerak kerja persiapan sempena penganjuran kejohanan tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Noor bin Shahudin, Presiden FIRA Malaysia Chapter merangkap Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK dan turut dihadiri Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah PSAS selaku tuan rumah. Ahli mesyuarat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Induk dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksana.