Syarat-syarat:
- Berikutan kekangan bilangan bilik, kamsis PSAS hanya menyediakan penginapan untuk peserta dia bawah JPPKK, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
- Isi link permohonan menduduki Kamsis PSAS selewat-lewatnya pada 31/3/2024.
- Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan asrama. Kenderaan boleh di parkir di kawasan letak kenderaan berhampiran blok V5 dan di kawasan Pusat Islam.
- Bawa cadar, sarung bantal & bantal.
- Hanya 1 orang PIC (pensyarah) yang akan membuat pendaftaran masuk asrama dan mengambil kunci bilik ketika check-in serta memulangkan kunci bilik ketika check-out.
- Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan kunci, peserta akan dikenakan bayaran RM10 (untuk setiap set kunci) sebagai bayaran penggantian kunci
- Waktu pendaftaran masuk asrama (check-in) adalah pada 21/4/2024 (Ahad) pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Waktu check out asrama adalah : 23-25/4/2024 pada jam 8.00 pagi - 5.00 ptg (waktu rehat: 1.00 ptg – 2.00 ptg).
- 26/4/2024 (Jumaat): pada jam 8.00 pagi – 9.00 malam (waktu rehat: 12.15 tgh hari - 2.45 ptg).
- Kamsis PSAS hanya mampu menyediakan penginapan asrama untuk pelajar dan pemandu sahaja.
Pegawai untuk dihubungi :
- Waktu pejabat - En Mohd Faizly bin Musa (012-3361231)
- Di luar waktu pejabat - En Norhasmawi bin Hassan (011-10913026)