BEHRANG, 5-6 FEBRUARI 2024 - Mesyuarat Pra Penganjuran FIRA Malaysia Cup 2024 telah berlangsung pada 5 hingga 6 Februari 2024 di Bilik Emerald, Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Bengkel ini diurusetiakan oleh FIRA Malaysia Chapter yang diketuai oleh Encik Abdul Rahim bin Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dibantu oleh Timbalan Pengerusi serta Sekretariat Jawatankuasa Teknikal FIRA Malaysia Chapter. Peserta adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal FIRA Malaysia Chapter dan Ahli Jawatankuasa Teknikal 17th FIRA Malaysia Cup 2024  Bengkel ini memfokuskan kepada penyediaan spesifikasi teknikal untuk persediaan penganjuran Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang bakal berlangsung pada 21 hingga 26 April 2024 di PSAS. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Mohd Noor bin Shahudin selaku Presiden FIRA Malaysia Chapter merangkap Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK.