4 Mac 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana FIRA 17th Bil.3/2024 telah dipengerusikan oleh Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi membincangkan kemajuan kerja persiapan penganjuran serta teknikal Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 bertempat di Bilik Persidangan PSAS. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah (Akademik) PSAS dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PSAS serta Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat.Kejohanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 21 hingga 26 April 2024 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesyen, Behrang Perak.