BEHRANG, 31 OKTOBER 2023 - Mesyuarat Pra Penganjuran FIRA Malaysia Cup 2024 telah berlangsung pada hari ini di Bilik Persidangan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Noor bin Shahudin selaku Presiden FIRA Malaysia Chapter. Turut hadir menyertai mesyuarat adalah Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Naib Presiden FIRA Malaysia Cup beserta Ahli Jawatankuasa Induk FIRA Malaysia  Chapter 2023 - 2025. Selain itu, turut terlibat adalah barisan pengurusan tertinggi Politeknik Sultan Azlan Shah diketuai Ts. Salhana binti Sahidin@Salehudin selaku Timbalan Pengarah Akademik PSAS.

Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan maklumat am kejohanan, imbasan kejohanan 2023 dan perancangan penganjuran kejohanan untuk tahun 2024.