SEBERANG PERAI, 7 OGOS 2023 - Pengarah POLITEKNIK SEBERANG PERAI, Roseliza binti Dato' Shaari hari ini menyerahkan replika "board" sebagai simbolik Politeknik Sultan Azlan Shah bakal menjadi tuan rumah FIRA Malaysia CUP 2024 disaksikan oleh Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Encik Mohd Noor bin Shahudin dan Puan Marzita Binti Muhamad Tazi, Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan - Pasukan Robotik POLYCC selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam Kejohanan RoboWorld FIRA 2023 di Jerman baru-baru ini.