BEHRANG, 28 NOVEMBER 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 17th FIRA Malaysia Cup 2024 berlangsung pada hari ini di Bilik Persidangan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Noor bin Shahudin, Presiden FIRA Malaysia Chapter merangkap Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan turut dihadiri Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim, Pengarah PSAS selaku tuan rumah. Ahli mesyuarat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Teknikal Induk dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Pelaksana.

Antara agenda yang dibincangkan adalah Pemakluman Keputusan Mesyuarat JK Induk, Post Mortem Teknikal 16th FIRA Malaysia Cup 2023, Garis Masa Gerak Kerja Penganjuran dan Hal-hal lain. Pada sebelah petangnya, sesi lawatan tapak telah diadakan disekitar PSAS bagi melihat lokasi yang berpotensi untuk menjadi venue kejohanan.