7 Februari 2024 – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui FIRA Malaysia Chapter akan menganjurkan Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang dijadualkan akan berlangsung pada 21 – 26 April 2024. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah terpilih menjadi tuan rumah kejohanan bagi tahun ini.

Mesyuarat ini telah membincangkan persiapan penganjuran serta teknikal dan telah dipengerusikan oleh En. Mohd Noor Bin Shahudin, Pengarah Kanan Akademik JPPKK. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pengarah PSAS selaku tuan rumah dan jawatankuasa yang terlibat.